Monday, October 11, 2010

Isu Nuklear: Jawapan Menteri Bercanggah

KUALA LUMPUR 11 Oktober - Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mempertikaikan percanggahan kenyataan yang diberi oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui ketika menjawab soalan beliau di Parlimen yang menyatakan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) masih belum membuat keputusan berkenaan cadangan pembinaan logi nuklear.

Beliau mendapati pembinaan logi nuklear telahpun dimasukkan sebagai salah satu daripada 131 projek Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dibawah Jabatan Perdana Menteri.

Continue Reading >>

Monday, October 11, 2010 by Reporter Daily · 0

Isu Tanam Semula: ANAK Desak Ahmad Maslan Tarik Tuduhan

KUALA LUMPUR 11 Oktober - Para peneroka Felda mendesak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menarik balik tuduhannya bahawa ladang peneroka  Felda yang memilih untuk menanam semula sendiri sama seperti hutan yang dipenuhi babi hutan, ular, tikus dan kumbang.

Dalam satu sidang media pagi tadi di Parlimen, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman berkata tuduhan Ahmad Maslan amat tidak wajar, tidak bertanggungjawab dan tidak patut dikatakan oleh seorang yang menjawatan tinggi dalam kerajaan.



Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Kerajaan Juga Selektif Umum Daya Saing Negara

KUALA LUMPUR 11 Oktober - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed turut memberikan data secara selektif berkenaan daya saing ekonomi negara.

Beliau yang ditemu di lobi Parlimen menjelaskan demikian terhadap kenyataan  Mustapa Mohamad yang menyelar pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mengatakan bahawa Ketua Pembangkang itu menggunakan data secara selektif untuk memburukkan kerajaan.



Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

DAP Musykil GLC Mampu Jana Pelaburan ETP

KUALA LUMPUR, 11 Oktober - Syarikat milik kerajaan (GLC) dikhuatiri tidak mampu membantu Kerajaan Barisan Nasional di bawah Umno menjana dana RM1.4 Trilion dalam Rancangan Transformasi Ekonomi (ETP)untuk  menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Kemusykilan itu disuarakan oleh Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berdasarkan penyata kewangan 17 syarikat terbesar milik kerajaan yang menanggung beban hutang berjumlah RM38.6 bilion.

Menurutnya, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa syarikat milik kerajaan dijangka menyumbang 32 peratus daripada jana yang diperlukan dibawah ETP yang diuar-uarkan.

"Bagi mengenal pasti samada ETP akan berjaya memerlukan jumlah pelaburan yang disasarkan adakah syarikat-syarikat tersebut berkeupayaan menjana pelaburan baru yang secara pukulrata berjumlah RM50bilion setahun sehingga 2020?" katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mendakwa syarikat terbabit termasuk Sime Darby Sdn Bhd, Tenaga Nasional Bhd dan Proton Holdings Bhd  tidak berada dalam kedudukan mereka berupaya melabur sejumlah RM454 bilion memandangkan kedudukan hutang syarikat berkenaan sendiri yang begitu tinggi.

Tambahnya lagi, jumlah modal pasaran kesemua syarikat terbabit hanya berjumlah RM266 bilion, namun mereka diminta menyumbangkan pelaburan lebih dua kali ganda selama beberapa tahun akan datang.

by Reporter Daily · 0

Bus Was In Fairly Good Condition - Kong Cho Ha

REMBAU 11 October - The Delima express bus involved in a highway pile-up near Pedas here was a three-year-old vehicle and its engine and tyres were in fairly good condition, said Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha here yesterday.
He said the single-deck bus was sent for Puspakom inspections regularly and that the 52-year-old bus driver, who was killed in the 7pm incident on Sunday, did not have any outstanding traffic summonses issued while the driver's license and bus permit were valid.

"Investigations are ongoing into the cause of the accident but a preliminary report shows that the express bus is fairly new and had been on the road for only three years. Its tyres and the condition of the vehicle is well-maintained," he told reporters after visiting the scene of the accident, here.

Kong also said a joint committee comprising the Road Safety Department, Road Transport Department and the Malaysian Institue of Road Safety Research has been set up to investigate the accident.


"The road along this stretch is very straight and we are looking into all the possible factors which could have contributed to the collision. Among them are the bus steering, brake system, weather and the guardrail and alignment of the road.

"Our priority us clearly to deal with the immediate situation. The committee members are to bring their expertise and knowledge to come up with practical and workable recommendations to prevent future occurences," he said.

He added that the proposed amendments to the Road Transport Act 1987, which is to be tabled at the next Parliament sitting, will include giving authority to Road Transport Department enforcement officers to act against commercial vehicle drivers, who drive under the influence of drugs and alcohol.

"Currently only the police and the National Anti Drugs Agency are given the power to take action against such drivers. However my ministry will propose that RTD enforcement officers are given the power to do the same.

"This will help the authorities nab and keep irresponsible drivers off the roads and ensure the safety of motorists," said Kong, who later visited the road crash victims at the Tuanku Jaafar Hospital in Seremban.

He extended his condolences to the bereaved families and relatives of the 12 victims, who died in the accident at KM223, Simpang Ampat of the North-South Highway, and wished the 45 injured victims a speedy recovery.

by Reporter Daily · 0