Monday, October 11, 2010

Anugerah ALMA Untuk Dua Warga Malaysia

FRANKFURT 11 Oktober - Dua warga negara Malaysia mencipta sejarah apabila dicalonkan untuk anugerah berprestij Sweden, Astrid Lindgren Memorial (ALMA) 2011, pada Pameran Buku Antarabangsa Frankfurt, pameran industri penerbitan terbesar di dunia.
   
Laporan Bernama menyebut, Mohd Yusuf Ismail, seorang pengarang dan pencerita lisan bersama Daphne Lee Mei Lin, seorang promoter membaca, adalah dua daripada 175 calon dari seluruh dunia yang dinamakan untuk anugerah ALMA yang menawarkan hadiah wang tunai 5 juta krone Sweden.
   
ALMA adalah hadiah terbesar dunia untuk kesusasteraan kanak-kanak dan remaja. Anugerah itu diberi setiap tahun untuk seorang penerima tunggal atau organisasi atau beberapa orang.
   
Linda Tan Lingard, pengarah syarikat Yusof Gajah Lingard Literary Agency dari Kuala Lumpur, yang juga isteri Mohd Yusuf yang menggunakan nama pena Yusof Gajah Lingard, berkata beliau sangat gembira dengan pencalonan itu.
   
Syarikatnya turut menyertai pameran buku itu. Ini adalah pencalonan kedua bagi rakyat Malaysia untuk ALMA. Yang pertama adalah pada 2008 apabila Margaret H.L. Lim, penulis cerita kanak-kanak dari Kuching, dicalonkan tetapi tidak memenangi anugerah itu

Monday, October 11, 2010 by Reporter Daily · 0

Wanita Pertama Negara Maju Elak Hadir Program Rosmah

SHAH ALAM 9 Oktober - Imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta dakwaan pembabitan beliau terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan kebanyakan Wanita Pertama negara maju menjarakkan diri mereka daripada terlibat dalam Sidang Kemuncak First Ladies anjuran beliau.

Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Khalid Tawar Tanding Timbalan Presiden PKR

SHAH ALAM 10 Oktober - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat tetapi keputusan muktamad beliau bergantung kepada sebuah jawatankuasa khas yang akan menentukan kesan tindakannya itu terhadap  perpaduan parti.

Jawatankuasa itu yang ditubuhkan oleh Khalid sendiri, merangkumi Syed Shahir selaku pengurus kempen beliau, Irene Fernandez, Tian Chua dan Muhamad Nur Manuty.



Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0

Saturday, October 9, 2010

Kontraktor Engkar Muafakat Kerajaan Selangor-TNB

RAWANG 9 Oktober - Tindakan kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang tidak mempedulikan arahan memberhentikan kerja- kerja pembinaan daripada Kerajaan Negeri adalah amat dikesali.

Sikap angkuh kontraktor terbabit adalah berlawanan dengan muafakat yang dicapai dalam satu mesyuarat minggu lalu antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Che Khalib Mohamad.

Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang, Gan Pei Nei melahirkan rasa terkejut dengan tindakan kontraktor pembinaan yang tidak mahu memberhentikan pembinaan meskipun diserah notis oleh Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong.


Continue Reading >>

Saturday, October 9, 2010 by Reporter Daily · 0

Ahli Parlimen Batu Sapi Terbunuh

KOTA KINABALU 9 Oktober - Ahli Parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah berusia 54 tahun dari Parti Bersatu Sabah (PBS) terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sembulan-Tanjung Aru kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

Kematian ahli parlimen Barisan Nasional ini akan membawa kepada satu lagi rentetan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-13 selepas kematian penyandang DUN Galas, baru-baru  ini.


Continue Reading >>

by Reporter Daily · 0